Iklan Pilihan

Featured post

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

    1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat . De...

Wednesday, 27 March 2013

Hati..




HATI adalah titik terpenting diri seseorang. Malah dalam budaya dan akar budi Melayu sekalipun, hati mendapat tempat yang amat istimewa.

“Sila beri perhatian!”

Kita selalu mendengar seruan ini. Bila agaknya kata-kata ini akan diluahkan? Tentulah bila ada sesuatu yang penting dan penyampai inginkan supaya para pendengar benar-benar perasan akan kepentingan perkara yang dia ingin sampaikan.

Kenapa agaknya, kita tidak mengatakan, “Sila beri perakalan!”?

Malah yang digunakan ialah sila beri “perhatian”. Bila merujuk kepada sesuatu yang penting, akal sahaja tidak mencukupi tetapi perHATIan hati itulah yang lebih penting. Sebab itu kita gunakan perkataan ‘berhati-hati’ dan bukannya ‘berakal-akal’ apabila menyatakan tentang kewaspadaan. Hati adalah satu medan yang amat penting untuk diusahakan.

Allah s.w.t menyatakan di dalam satu ayat, menceritakan apa natijah akhir yang akan terjadi apabila hati kita dibiarkan begitu sahaja:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raaf: 179)

Al-Quran sememangnya adalah petunjuk buat seluruh insan sampai hari kiamat. Namun begitu, siapakah yang benar-benar akan mendapat manfaat daripada rahmat, petunjuk dan pedoman al-Quran ini? Allah s.w.t menjelaskan:
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaaf: 37 )

Jelas, kata kunci di sini ialah ‘hati’. Hati yang benar-benar diusahakan dengan iman dan disinari cahaya keimanan, maka hati inilah akan dapat menyerap segala ayat Allah, sama ada ayat Allah yang dibaca iaitu al-Quran, mahupun ayat (tanda dan keterangan) Allah yang terzahir dalam segala penciptaan makhluk-makhluk-Nya. Jika tidak, yang sebaliknya akan berlaku.

Sumber: Dakwah.com.my

No comments:

Post a Comment

Subscribe

recentposts

Flickr