Iklan Pilihan

Featured post

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

    1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat . De...

Wednesday, 3 April 2013

Pesanan Imam Al-Ghazali



Pesanan Imam Al- Ghazali :

1. Jika berjumpa dengan
kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih
mulia daripada kita, kerana
kanak-kanak ini belum
banyak melakukan dosa
daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan
orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita
kerana dia sudah lama
beribadat kepada Allah
S.W.T berbanding kita.


3. Jika berjumpa dengan
orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu yang
telah mereka pelajari dan
ketahui berbanding kita.


4. Apabila melihat orang
jahil, anggaplah mereka
lebih mulia daripada kita
kerana mereka membuat
dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat
dosa dalam keadaan kita
mengetahuinya.


5.
Jika melihat orang jahat,
jangan anggap kita lebih
mulia kerana mungkin satu
hari nanti dia akan insaf
dan bertaubat atas
kesalahan yang telah
mereka lakukan.


6.
Apabila bertemu dengan
orang kafir, katakan
didalam hati bahawa
mungkin pada suatu hari
nanti mereka akan diberi
hidayah oleh Allah S.W.T
dan akan memeluk Islam,
maka segala dosa mereka
akan diampuni Allah...
sedangkan kita?

No comments:

Post a Comment

Subscribe

recentposts

Flickr